dalam hal ini ada beberapa hadis yang menyatakan hak-hak kaum wanita dalam menetukan jodohnya. Rasulullah bersabda
'perempuan-perempuan janda tidak boleh dikahwinkan
sebelum terlebih dahulu dimintakan kepadanya persetujuannya
dan anak-anak gadis tidak boleh dikahwinkan, hingga lebih dahulu
dimintakan izinnya. kata mereka: bagaimana tanda izinnya??
nabi menjawab: 'apabila ditanya dia diam sahaja'
patutlah orang tua selalu berkata diam maknanya setuju haha....
maksud hadis yang kat atas tu.. seorang wanita tidak boleh semaunya sahaja dikahwinkan oleh walinya tanpa izinnya terlebih dahulu, mereka tidak berhak sekali melakukan kahwin paksa!!.
islam memberikan hak yang sepenuhnya kepada kaum wanita dalam menentukan teman hidupnya, tujuannya adalah supaya mereka dapat membina rumah tangga yang aman dan damai di bawah lindungan Allah SWT.
akan tetapi, walaupun demikian... kepada kaum wanita sangatlah diharapkan janganlah kebebasa dan hak yang diberikan itu di salh gunakan untuk mencari jodoh yang sudah menurut kemahuan nafsu syaitan semata. dan jangan sampai salah pilih
hingga membawa hidup sengsara di dunia dan juga di akhirat.
No comments:
Post a Comment